Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Yang lama jangan kedekut, yang baru usah tamak'

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, ada formula untuk membolehan rundingan rundingan pembahagian kerusi antara parti gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN) berjaya dilaksanakan.

Kata beliau, formula itu ialah, parti lama jangan kedekut dan parti baru pula tidak bersikap tamak.

Pada masa sama, kata Saifuddin, persefahaman itu juga menjadi cabaran kepada pimpinan semua parti yang bergabung dalam HARAPAN.

"Rakyat juga boleh yakin dengan kita kalau kita boleh uruskan perbezaan pendapat terutama pada musim pembahagian kerusi sekarang ini," katanya di Konvensyen HARAPAN Wilayah Persekutuan di Taman Maluri, Kuala Lumpur hari ini.

HARAPAN perlu merundingkan pembahagian kerusi sesama anggota pakatan itu menjelang pilihan raya umum (PRU) yang perlu diadakan selewat-lewatnya suku ketiga tahun depan.

Turut menyertai HARAPAN yang diwujudkan selepas terkuburnya Pakatan Rakyat ialah dua pertubuhan baru, iaitu Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Keadaan riuh-rendah

Pembahagian kerusi yang akan ditandingi semasa PRU adalah satu daripada isu paling penting yang mesti dirundingkan untuk mengelak pertembungan yang menguntungkan BN.

enurut Saifuddin, sesebuah parti yang sudah wujud lebih lama dan mempunyai anggota lebih ramai serta berpengalaman tidak wajar membuat tuntutan berlebihan.

"Jangan asal kami paling lama, ahli paling ramai, kami berpengalaman (dan) lebih teruji, pemimpin kami lebih lama kena tangkap, maka kami mesti dapat lebih kerusi. Tak boleh.

"Tapi parti baru pun tak boleh tamak. (Kerusi) yang ini (hak) aku, yang ini (hak) aku, yang ini (hak) aku, tak boleh jugak," katanya ketika berkongi pengalamannya merundingkan hal sama semasa era Pakatan Rakyat dulu.

Ketika itu gabungan berkenaan - yang berjaya menafikan penguasaan dua pertiga BN di Dewan Rakyat - dianggotai PKR, DAP dan PAS.

Menurut Saifuddin, ketika itu perbalahan biasanya hanya melibatkan pimpinan tertinggi parti.

Justeru, katanya, walaupun keadaan riuh-rendah, apabila pertikaian berkenaan dibawa ke Majlis Presiden Pakatan Rakyat, ia dapat dibincangkan dengan baik.

"Jadi kita (HARAPAN) kena cari satu keseimbangan, dan ini ujian yang menanti pucuk pimpinan yang di atas ini," katanya.

Lihat Komen
ADS