Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr Hilmi cadang pesakit pulangkan ubat jika...
Diterbitkan:  Apr 23, 2017 3:57 PM
Dikemaskini: 8:02 AM

Pesakit yang mempunyai simpanan bekalan ubat dari klinik mahupun hospital kerajaan tetapi tidak digunakan disaran agar memulangkan ubat tersebut. bagi mengelakkan pembaziran di samping dapat menjimatkan kos ubatan yang mahal.

Saranan ini dibuat oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya yang berkata perkara itu perlu dilakukan bagi mengelak pembaziran.

Beliau berkata ia juga bagi mengelak daripada disalah guna dan mendatangkan risiko jika kanak-kanak terutamanya termakan ubatan tersebut.

"Oleh kerana kosnya mahal, ia adalah menjadi satu pembaziran jika ia dibuang begitu sahaja kerana ubat-ubat yang masih belum tamat tempoh boleh digunakan semula," katanya kepada pemberita.

Beliau merasmikan program Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) 2017, hari ini.

Dr Hilmi berkata bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi yang masih mempunyai baki bekalan ubat yang tidak digunakan, mereka hendaklah membawa ubat tersebut kepada pegawai perubatan ataupun ahli farmasi supaya mereka boleh menyemak semula preskripsi ubat mereka serta menambah bekalan ubat baharu.

"Pesakit kencing manis dan darah tinggi hendaklah makan ubat mengikut saranan doktor kerana jika mereka makan seperti yang telah ditetapkan, maka pembaziran ubat dapat dielakkan.

"Ubat juga mempunyai cara pelupusannya yang tersendiri (melibatkan bahan kimia) selain boleh menyebabkan kewujudan kuman jika tidak dilupuskan dengan betul," katanya.

Mengenai program JPB itu, Pengerusi Jawatankuasa Induknya, Prof Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata ia mampu membuka peluang kepada pelajar yang kurang cemerlang dalam pendidikan dan juga tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dan kolej vokasional.

"Setakat semalam, sasaran pelajar tercicir yang memohon untuk melanjutkan pelajaran telah mencecah seramai 50,000 orang dan diharap ia dapat mencapai sehingga 60,000 orang pelajar tahun ini," katanya yang juga bekas naib canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Sahol berkata JPB turut dapat membantu pelajar yang mempunyai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi tidak mendapat tempat dalam institusi pendidikan susulan tempat yang terhad.

"Pelajar yang cemerlang tetapi tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti digalakkan memohon kerana peluang mereka masih ada menerusi JPB," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS