Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Jutaan ringgit buat kaum India, Najib kata bukan demi PRU14

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini meluluskan peruntukan bernilai juta ringgit bagi membantu kaum India di negara ini.

Pada majlis pelancaran Pelan Tindakan Kaum India di Malaysia yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini, Najib bagaimanapun menafikan ia sebagai 'lakonan' tetapi sebaliknya adalah usaha serius.

"Bukan buat lakonan tetapi hari ni menggambarkan satu usaha yg serius.

"Ia tiada kaitan langsung dengan soal pilihanraya akan datang sebab saya telah berjanji untuk bentangkan pelan tindakan kaum India semasa pembentangan rancangan Malaysia ke-11 pada bulan Mei 2015.

"Ia tiada kaitan dengan pilihan raya walaupun saya tak halang kalau orang India nak sokong BN," kata beliau disambut gelak ketawa kira-kira 2,000 hadirin di majlis berkenaan.

Pelan tindakan tersebut mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan kerana mahukan prinsip, data, angka-angka serta syor dan cadangan bukan sahaja datang daripada kerajaan sahaja, jelasnya.

Ia juga datang dari peringkat akar umbi supaya pelan tindakan masyarakat India mempunyai elemen kepunyaan ke atas seluruh masyarakat India di Malaysia, tambahnya.

Sebelum ini, Najib dilaporkan sebagai berkata, inisiatif baharu itu bertujuan mengimbangi pembangunan kaum India bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam agenda transformasi negara.

"Ini bukan satu retorik semata-mata sebab kita ada sasaran tertentu dan menetapkan satu jangka masa untuk menjayakan pelan tindakan itu," katanya pada sesi bersama pelajar dan komuniti Malaysia di Chennai, kira-kira sebulan yang lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS