Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Johari diminta dedah surat dakwa bukti Aabar BVI milik IPIC
Diterbitkan:  Apr 27, 2017 8:53 AM
Dikemaskini: 1:46 AM

Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani patut mendedahkan surat dari Pendaftar Hal Ehwal Korporat yang mendakwa membuktikan bahawa British Virgin Island (BVI) mendaftar Aabar sebagai milik International Petroleum Investment Corporation Abu Dhabi (IPIC), kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

1MDB telah membayar AS$3.5 bilion kepada Aabar BVI bagi perkhidmatan dalam penerbitan dua bon, tetapi IPIC berkata ia tidak ada kaitan dengan firma tersebut, yang mempunyai nama yang hampir sama dengan sebuah anak syarikat IPIC.

Dalam satu kenyataan, Rafizi berkata Johari patut mendedahkan surat yang didakwa pengesahan daripada Pendaftar Hal Ehwal Korporat BVI supaya orang ramai boleh membantu beliau dan kerajaan berkaitan isu itu.

Johari juga, katanya, patut mendedahkan jejak aliran wang yang didakwa secara penipuan dipindahkan kepada syarikat yang salah, supaya orang ramai boleh menentukan siapakah yang merupakan benefisiari akhirnya.

Beliau menambah Johari patut meletak jawatan jika beliau tidak boleh mendedahkan surat itu, seperti bekas Menteri Kewangan II Datuk Husni Hanadzlah, yang selepas peletakan jawatannya, menimbulkan persoalan mengenai 1MDB di Parlimen.

"Jika tidak, usaha berterusan beliau untuk cuci tangannya semakin menyedihkan.

"Beliau dibayar untuk mengesan wang itu dan bawa balik apa yang tinggal di luar sana.

"Sebaliknya, negara terus kehilangan wang kerana 1MDB dan apa yang beliau boleh katakan ialah 'Saya tidak tahu," kata Rafizi.

Johari semalam memberitahu Malaysiakini bahawa kerajaan pasti bahawa Aabar BVI adalah milik IPIC kerana ada surat daripada Pendaftar Hal Ehwal Korporat BVI untuk membuktikannya.

Rafizi berkata, pemilikan surat itu patut mendorong Johari untuk cuba menghentikan penyelesaian itu daripada disahkan oleh kabinet.

Beliau juga berkata menteri itu patut kembali kepada proses timbang tara untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

Rafizi juga mempersoalkan kesahihan surat itu memandangkan BVI dikenali begitu sekali menjaga kerahsian butiran pemilikan syarikat.

"Saya terkejut Pendaftar Hal Ehwal Korporat (BVI) mengeluarkan surat untuk mengesahkan pemilikan syarikat kerana sifat suatu syarikat luar pesisir (sama ada di BVI atau Kepulauan Caymans) adalah bertujuan untuk menyembunyikan pemilikan dan pengarah sesebuah syarikat, "katanya.

[Baca berita penuh]
 

Lihat Komen
ADS