Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

ULASAN Setiausaha Agung DAP YAB Lim Guan Eng mendedahkan bahawa Pakatan Harapan telah membuat keputusan untuk mengurangkan GST daripada 6% kepada 0% sebagai sebahagian daripada manifesto kempen mereka.

Beliau terus menegaskan bahawa pengurangan GST kepada 0% adalah sama dengan memansuhkan GST.

Ini tidak benar sama sekali kerana kerajaan dan sektor perniagaan akan terus menanggung perbelanjaan pentadbiran yang tidak perlu berkaitan GST tetapi tidak memberi faedah kepada mana-mana pihak. Perkara ini akan memberi kesan negatif yang besar dan tiada langsung faedah.

Ini menjadikan kenyataan YAB Lim – bahawa lebih berkesan daripada aspek kos untuk mengekalkan cukai itu, tetapi dengan kadar sifat – sebagai bahan ketawa.

Malaysia hanya akan mencipta sejarah sebagai negara pertama dan satu-satunya dalam dunia yang mempunyai sistem GST 0%. Dunia pasti akan mengetawakan kita kerana mempunyai sistem yang membebankan kerajaan dan sektor perniagaan dengan kerja-kerja pentadbiran dan perbelanjaan tetapi tiada sebarang hasil cukai untuk kerajaan.

YAB Lim juga berkata bahawa jika mereka menawan Putrajaya sekali pun, tiada sebarang keraguan bahawa mereka tidak akan mempunyai kuasa untuk memansuhkan GST.

Perkara ini menunjukkan bahawa Pakatan tidak jujur memansuhkan GST dan terdapat pengakuan tersirat bahawa pelaksanaan GST oleh kerajaan BN adalah pilihan tepat pada setiap masa.

Pakatan selalu memberi tanggapan bahawa GST adalah cukai tambahan yang membebankan rakyat tetapi mereka tidak pernah mengaku bahawa dengan pelaksanaannya, dua cukai lain telah dimansuhkan, dua cukai lagi dikurangkan dan BR1M dipertingkat .

Cukai Jualan dan Perkhidmatan telah pun dimansuhkan. Sementara cukai pendapatan korporat telah dikurangkan daripada 26% kepada 24% pada 2008.

Cukai pendapatan peribadi pula dikurangkan daripada 28% kepada 24% pada 2008. Selain semua pengurangan ini, julat cukai ditambah dan pelbagai pengurangan yang membuatkan golongan berpendapatan RM4,000 sebulan dan ke bawah tidak perlu membayar cukai pendapatan. Ini juga bermaksud cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh golongan berpendapatan sederhana juga berkurangan.

Bayaran BR1M juga meningkat daripada RM650 kepada 2014 kepada RM1,200 tahun ini, selain pengecualian cukai pendapatan yang berkesan untuk golongan berpendapat RM4,000 sebulan atau kurang. Ini bermakna golongan pendapatan B40 dicukaikan pada kadar negatif oleh kerajaan selepas pelaksanaan GST. Ini juga menjadikan kumpulan B40 sebagai penerima manfaat daripada penambahbaikan percukaian ini.

Pakatan berhujah bahawa kerajaan rugi RM40 bilion hasil petroleum pada 2016 susulan kejatuhan harga minyak dunia dan melepaskan RM20 bilion setiap tahun akibat daripada penghapusan cukai jualan dan perkhidmatan. Kerajaan juga menanggung kerugian berbilion-bilion setiap tahun akibat daripada pengurangan cukai korporat, pengurangan cukai peribadi dan peningkatan bayaran BR1M.

Dengan semua pendapatan melepas ini, sebagai sebahagian daripada pembaharuan cukai dan kejatuhan hasil petroleum, pemansuhan GST atau pengurangan GST kepada kadar sifar adalah tidak realistik dan akan menjejaskan Malaysia.

Pakatan tahun semua ini – oleh itu membuatkan mereka keberatan untuk memansuhkan GST.

Ketika negara-negara lain di dunia bergelut untuk menjadi lebih berdaya saing dengan memodenkan sistem percukaian melalui pengurangan cukai peribadi dan korporat, dan pelaksanaan cukai penggunaan seperti GST, Pakatan mahu melakukan sebaliknya dengan menaikkan cukai korporat dan menghapuskan GST.

Kita tertanya-tanya kenapa Pakatan mahu Malaysia berundur semula ke belakang dengan menabur janji-janji tidak realistik dan menjahamkan ekonomi?


Artikel ini tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang redaksi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS