Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Foto cumbuan: Zairil, Dyana belum buat laporan - IGP
Diterbitkan:  Apr 28, 2017 11:33 AM
Dikemaskini: 3:39 AM

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan pemimpin DAP, Dyana Sofya Mohd Daud belum membuat laporan polis berhubung pengedaran gambar-gambar yang mirip mereka berdua sedang bermesraan dan bercumbuan.

The Star memetik Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai berkata, pihak polis masih belum menerima apa-apa laporan daripada kedua-dua mereka dalam isu berkenaan.

Ia selepas Gerakan negeri Pulau Pinang menyarankan Zairil dan Dyana untuk membuat laporan polis jika benar gambar tersebut adalah palsu.

Gambar-gambar, termasuk satu daripadanya yang menunjukkan pasangan itu bercumbuan telah berlegar-legar di internet dan juga WhatsApp kumpulan pro-BN kumpulan sejak 18 April yang lalu.

Zairil yang telah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata telahpun menafikan beliau dalam gambar tersebut sebelum ini manakala Dyana pula berkata ia sebagai serangan menjelang pilihan raya umum ke-14.

Dyana sebelum ini bertanding sebagai calon DAP dalam pilihan raya kecil Teluk Intan yang menyaksikan parti itu gagal mempertahankan kerusi itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS