Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tidak ada bukan Islam mahu jadi PM, kata Lim kepada PAS
Diterbitkan:  Apr 28, 2017 4:58 PM
Dikemaskini: 9:01 AM

Tiada pemimpin bukan Islam yang mahu menjadi Perdana Menteri , kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Lim mengulas usul Dewan Ulama PAS yang pada muktamar semalam mendesak supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda supaya hanya pemimpin Melayu-Islam boleh menjadi perdana menteri.

"Saya sedih dengan usul di muktamar PAS di Kedah yang seolah-olah cuba menimbulkan sentimen perkauman bahawa seseorang perdana menteri mestilah berbangsa Melayu dan beragama Islam, seolah-olah ada pemimpin bukan Islam yang mahu jawatan itu .

"Saya rasa perkara seperti ini tidak sepatutnya dijadikan isu kerana tidak ada pemimpin bukan Islam yang mahu menjadi perdana menteri. Calon pembangkang sebagai perdana menteri adalah orang Melayu-Islam iaitu Anwar Ibrahim.

"Sebab itu, tindakan PAS ini kelihatan seperti mereka hanya mahu menimbulkan kebencian dan ketakutan di kalangan orang Melayu-Islam terhadap bangsa lain," kata Lim dalam rakaman sebuah video yang disiarkan di Facebook beliau hari ini.

PAS mungkin mewakili sebahagian penduduk Melayu-Islam, tetapi Lim berkata, usul mereka itu bukan dilakukan dengan semangat Malaysia.

Malaysia, kata Lim, adalah sebuah negara berbilang kaum, dan tindakan itu tidak sihat, terutama kerana ada pemimpin yang menghina pemimpin bukan Melayu dan bukan Islam.

Menurutnya, negara ini seharusnya menuju ke arah persekitaran berdasarkan keadilan dan kebebasan serta menentang gejala rasuah.

Semalam, Dewan Ulama PAS dilaporkan meluluskan usul bahawa perdana menteri mestilah seseorang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS