Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
YDKMM tak terlibat militan, ekstremis
Diterbitkan:  Apr 28, 2017 5:37 PM
Dikemaskini: 9:42 AM

Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) hari ini menafikan badan itu terlibat dengan sebarang anasir militan dan ekstremis dalam menjalankan aktiviti sukarelawan.

Presidennya, Mohd Syafiq Zainal berkata, siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mendapati pihaknya bebas daripada pengaruh kumpulan militan.

"Selepas beberapa bulan siasatan dijalankan, JAWI telah keluarkan surat kepada kami bulan lepas mengatakan tiada sebarang keraguan terhadap YDKMM dan mereka berpuas hati terhadap yayasan ini," katanya pada sidang media, hari ini.

Mohd Syafiq berkata, susulan dakwaan pihaknya terlibat dengan aktiviti kumpulan pengganas, beberapa kerjasama yang dijalin YDKMM dengan institusi pengajian tinggi terpaksa dibatalkan.

"Kami harap dengan penjelasan ini aktiviti sukarelawan yang kami lakukan dapat dijalankan seperti biasa dan tidak dihalang," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS