Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

MUKTAMAR I Majlis Syura Ulama PAS akan bertemu dalam waktu terdekat untuk membincangkan mengenai hubungan parti itu dengan PKR.

"Insya-Allah Majlis Syura Ulama akan mengadakan persidangannya dengan secepat yang mungkin bagi merungkai kekusutan tahaluf siyasi yang hubungkan parti kita dengan parti-parti yang lain," kata Setiausaha Majlis Syura Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.

PAS semalam sebulat suara meluluskan usul menggesa majlis syura untuk memutuskan hubungan dengan PKR - rakan mereka yang membentuk kerajaan Selangor ketika ini.

Penerimaan usul itu membuka persoalan terhadap masa depan PAS dalam kerajaan negeri kerana sebahagian daripada wakilnya dilantik menjadi exco Selangor dalam pentadbiran Datuk Seri Azmin Ali.

Azmin adalah timbalan presiden PKR. Satu lagi parti yang menyertai kerajaan negeri ialah DAP.

Langkah itu - jika diluluskan Majlis Syura Ulama - dijangka menyebabkan berlaku pertembungan lebih daripada dua penjuru dalam pilihan raya umum akan datang.

Dalam keadaan begitu, penganalisis berpendapat, parti yang paling mendapat manfaat ialah BN.

Bagaimanapun PAS berpendapat mereka mempunyai peluang lebih baik jika bergerak sebagai parti tanpa menyertai sebarang gabungan, termasuk Pakatan Harapan.

Kata Nik Muhammad Zawawi, langkah PAS membiarkan keputusan berkenaan diambil oleh Majlis Syura Ulama membuktikan parti berkenaan mengamalkan prinsip Islam.

Lihat Komen
ADS