Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan mahu cabar cubaan Anwar ketepikan sabitan liwat

Kerajaan akan membuat permohonan untuk membatalkan cubaan terbaru mantan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan sabitan liwat dan hukuman yang dikenakan keatasnya.

Peguamnya, Latheefa Koya berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Tengku Intan Soraya Tengku Ismail yang mewakili kerajaan semasa pengurusan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Permohonan Anwar dibuat atas alasan kerajaan bergantung kepada bukti yang diragui. Kerajaan masih belum memfailkan pembelaan.

"Mereka telah memaklumkan kami untuk memfailkan permohonan pembatalan itu. Mahkamah telah mengarahkan permohonan itu hendaklah difailkan sebelum pengurusan kes akan datang pada 18 Mei," kata Latheefa selepas kedua-dua pihak hadir di hadapan Timbalan Pendaftar Ery Shariman Nor Ariffin.

Bagaimanapun, tiada alasan diberikan mengenai sebab-musabab untuk mengenepikan permohonan Anwar.

Ahli politik berusia 69 tahun itu memfailkan permohonannya pada 17 April dengan menamakan kerajaan sebagai defendan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS