Paling Popular
Terkini

GLOBAL l China semalam menggesa semua pihak dalam isu Korea Utara supaya bertenang dan "berhenti menyakit hati' satu sama lain, sehari selepas Korea Utara berkata Amerika Syarikat telah mengasak wilayah itu ke ambang perang nuklear.

Media kerajaan Korea Utara menerbitan kritikan pedas yang jarang dilakukan terhadap China semalam dengan berkata komen media kerajaan China yang mencadangkan sekatan lebih keras ke atas program nuklear Pyongyang, telah menjejaskan hubungan dengan Beijing dan semakin menegangkan lagi keadaan.

Amerika Syarikat telah menggesa China - satu-satunya sekutu utama Korea Utara - supaya melakukan lebih lagi bagi mengekang program nuklear dan peluru berpandu jirannya itu, yang telah mendorong respons keras dari pentadbiran Trump, dengan memberi amaran bahawa "era kesabaran strategik" telah berakhir.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat Rex Tillerson berkata semalam bahawa Washington telah mengusahakan lebih banyak lagi sekatan terhadap Korea Utara jika Pyongyang mengambil langkah-langkah yang mewajarkan tindakan balas baru itu.

Beliau juga memberi amaran kepada negara-negara lain bahawa firma mereka mungkin turut berdepan sekatan kerana menjalankan perniagaan haram dengan Pyongyang.

- Reuters

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS