Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Nazri: Kalau ada bukti, lapor pada pihak berkuasa

Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menggesa laporan dibuat kepada pihak berkuasa jika benar Umno menerima dana daripada SRC International Sdn Bhd (SRC), bekas anak syarikat 1MDB.

Pada masa sama anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno itu mempersoalkan mengapa pihaknya perlu menjawab dakwaan berkenaan ketika tiada sebarang bukti dikemukakan.

“Sejak bila apabila didakwa sahaja, kita kena jawab? Tunjuklah bukti. Jadi dah dua tahun ini, saya rasa cukuplah (isu) 1MDB ke, RM2.6 bilion ke, tak ada apa-apa kesalahan.

“Apabila tak ada apa-apa kesalahan, kita nak dakwa apa? Jadi perkara macam ini kalau ada kesalahan, buat laporan kepada pihak berkuasa tertentu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan aplikasi telefon bimbit HARTAR di Matic, Kuala Lumpur hari ini.

Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan terdapat dokumen menunjukkan beberapa bahagian Umno, BN serta individu telah menerima bayaran daripada SRC.

Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata selepas kes 1MDB diselesaikan dua tahun lalu, pembangkang sengaja menimbulkannya semula bagi mencetuskan keraguan di kalangan rakyat.

“Apabila dah habis kes 1MDB, dia cari pula benda-benda lain… jangan bazirkan masa saya dan jangan bazirkan masa rakyat Malaysia.

“Saya rasa apabila isu dah habis, mereka timbulkan semula untuk wujudkan keraguan rakyat Malaysia.

"Kita banyak buang masa dan usaha walhal usaha itu patut digunakan untuk fokus kepada rakyat,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berulang kali menafikan terlibat menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan peribadi berhubung wang RM2.6 bilion yang berada dalam akaun peribadi banknya.

"Sebaliknya, wang berkenaan dikatakan adalah sumbangan daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga membersihkan Najib daripada sebarang salah laku.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen pada 3 April, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low, berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melengkapkan siasatannya ke atas SRC.

Jawapan satu perenggan itu mendedahkan bahawa SPRM telah merakamkan kenyataan semua saksi yang terlibat.

Lihat Komen
ADS