Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pembatalan rahmat bagi bumiputera, kata PERKASA
Diterbitkan:  May 4, 2017 4:39 PM
Dikemaskini: 9:36 AM

Kumpulan pendesak hak Melayu, PERKASA berkata pembatalan perjanjian usaha sama Bandar Malaysia yang bernilai RM7.41 bilion adalah satu rahmat kerana ini bermakna kerajaan kini boleh memastikan penyertaan bumiputera dalam projek berkenaan.

Semalam, TRX City Sdn Bhd milik kementerian kewangan dalam satu kenyataaan media mengumumkan pembatalan perjanjian usaha sama itu selepas konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfrot Holdings (IWH) dan China Railway Engineering Cooperation (CREC) gagal memenuhi kewajipan pembayaran, walaupun pelbagai lanjutan diberikan.

“Pembatalan perjanjian usaha sama itu mungkin memberi rahmat kerana sebelum ini perjanjian membangunkan Bandar Malaysia tidak menghuraikan dengan terperinci penyertaan kaum bumiputera.

“Pembangunan Bandar Malaysia jika diadakan usaha sama dengan mana-mana pihak mestilah terlebih dahulu mempamerkan secara terperinci penyertaan dan kuota untuk bumiputera.

“Lantaran itu, PERKASA mendesak kerajaan menubuhkan pasukan petugas khas berwibawa dan berintegriti di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk mengendalikan projek-projek mega melibatkan syarikat China atau lain-lain syarikat dari negara luar bagi memastikan penyertaan bumiputera dalam projek-projek ini tidak diabaikan dan dibuat secara telus,” kata Naib Presiden PERKASA, Datuk Ruhanie Ahmad (atas, kiri).

Ruhanie, yang mengetuai biro ekonomi dan agenda nasional bumiputera NGO itu, juga mahu kerajaan mengkaji pengalaman negara lain, termasuk Sri Lanka, Pakistan dan di Afrika, yang menghadapi masalah akibat projek-projek mega oleh syarikat China di negara berkenaan.

Selain Bandar Malaysia, beliau juga menggesa kerajaan untuk mewujudkan kuota khusus untuk menjamin pemilikan pelbagai hartanah komersil untuk memastikan pegangan yang saksama oleh masyarakat bumiputera.

Katanya, ini termasuk premis perniagaan, ruang pejabat, dan kilang, oleh bumiputera yang kadar pemilikannnya adalah amat mendukacitakan.

Menurut Unit Perancang Ekonomi, pemilikan bumiputera bagi hartanah industri pada tahun 2012, hanya berjumlah 4.5 peratus dan pemilikan ruang pejabat hanya 5.4 peratus, berbanding bukan bumiputera.

“Kerajaan juga perlu mewujudkan sebuah perbadanan atau institusi khas untuk membeli rumah-rumah kediaman dan rumah kedai di bawah kuota bumiputera yang gagal dijual di seluruh negara.

“Ini mengelakkan hartanah tersebut daripada dijual kepada bukan bumiputera seperti diamalkan sekarang,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS