Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Noh desak Azmin jawab projek Paya Indah Wetlands

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, menggesa Datuk Seri Azmin Ali menjelasan bagaimana projek pembangunan di sekitar kawasan Paya Indah Wetlands dijalankan.

Pada sidang media di Petaling Jaya hari ini, Noh mendakwa projek berkenaan dijalankan tanpa kelulusan Majlis Pembangunan Fizikal Negara.

Majlis itu dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan dianggotai wakil dari semua kerajaan negeri melibatkan menteri besar, selain anggota kabinet.

"Bagaimana kerajaan Selangor boleh mulakan kerja sedangkan kertas untuk dapat kelulusan Majlis Pembangunan Fizikal Negara belum dibentangkan?" katanya.

Menurut Noh, dua minggu laluu satu mesyuarat diadakan antara majlis berkenaan dan wakil kerajaan negeri.

Katanya, Selangor diwakili exco negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Dalam mesyuarat itu, kata Noh, dokumen pembangunan di Paya Indah Wetlands tidak dibawa kerana ada 135 komen daripada pelbagai agensi yang berpendapat, projek itu memberi kesan buruk kepada ekosistem jika diteruskan.

Justeru, katanya, majlis terbabit menyerahkan kepada kerajaan negeri supaya membuat kerja-kerja tebatan untuk kurangkan kesan berkenaan dan mengatasi isu yang dinyatakan.

Noh sebelum itu diminta mengulas mengenai sikap berdiam diri kerajaan Selangor berhubung kebimbangan terhadap projek pembangunan di kawasan terbabit.

Antara pihak yang membangkitkan kebimbangan itu ialah Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Jamal pada bulan lalu dilaporkan membawa wakil media menaiki helikopter untuk meninjau kesan kerosakan pada kawasan tadahan air di Paya Indah Wetlands yang didakwanya akibat pembangunan dijalankan kerajaan negeri.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS