Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ADUN pertikai soalan harta tanah Johor ditolak
Diterbitkan:  May 8, 2017 12:33 PM
Dikemaskini: 4:38 AM

Anggota Dewan Negeri (ADUN) Pengkalan Rinting Cheo Yee How mempertikaikan tindakan kerajaan negeri menolak soalannya dalam dewan negeri, antaranya berkaitan isu hartanah Johor.

Beliau menuntut kerajaan negeri menyenaraikan bilangan pejabat penjualan di luar negeri untuk pemasaran harta tanah di zon antarabangsa, mengikut negara masing-masing.

Wakil rakyat DAP itu juga mahu tahu senarai kesemua lokasi tanah yang dikurniakan untuk tujuan perswastaan kepada syarikat berkaitan kerajaan negeri dari permulaan penswastaan sehingga kini.

“Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan telus, jawapan mestilah diberikan,” katanya.

“Sehubungan dengan itu, saya beranggap kerajaan negeri tidak bertanggungjawab, dan ingin menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan awam.”

Beliau berkata soalan-soalan beliau itu penting kerana ia bersabit kepentingan awam.

Johor berdepan kritikan berkaitan isu kedaulatan dan perubahan demografik oleh pembangkang dalam isu harta tanah Forest City yang dibina atas tanah tambak.

Projek itu bagaimanapun disangkal oleh kerajaan negeri dan pemimpin-pemimpin parti pemerintah BN.

Dalam kenyataan hari ini, Cheo berkata soalan beliau ditolak Perintah tetap dewan negeri Johor bilangan 25 (3).

Peruntukan itu antaranya membenarkan menteri besar tidak mengendahkan soalan-soalan ditujukan atas alasan “bagi faedah am”, dengan persetujuan speaker.

Lihat Komen
ADS