Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Kerajaan dirayu membenarkan tiga suspek pengganas Turki yang kini ditahan untuk meninggalkan negara ini untuk pergi ke mana jua dan bukannya mengusir mereka kembali Turki.

"Jika tidak mahu (suami, Turgay Karaman) berada di sini, mereka boleh menghantar (beliau) ke negara lain tetapi bukan Turki kerana mereka (kerajaan Turki) akan seksanya," kata Ayse Gul Karaman kepada pemberita di luar Bukit Aman, hari ini.

Ayse mendakwa, sekurang-kurangnya 50 individu sama ada meninggal dunia atau dibiarkan mati di penjara Turki.

Peguam Turgay, Rosli Dahlan - yang turut mewakili satu lagi suspek, Ismet Ozcelik - membuat rayuan yang sama.

"Kami berharap pihak berkuasa menjadi sangat objektif. Jika mereka tidak terlibat dalam mana-mana organisasi keganasan, mereka perlu dibebaskan.

"Dan jika kehadiran di Malaysia tidak diingini, mereka harus dibenarkan untuk pergi ke mana-mana negara pilihan mereka sendiri. Mereka tidak mahu untuk dihantar ke Turki," kata Rosli.

Isteri kepada Ihsan Aslan, Ainnurul Aisyah Yunos juga berkata, beliau tidak mahu suaminya dihantar pulang.

Rosli berkata, pihaknya akan menulis kepada pihak berkuasa untuk membebaskan Turgay dan Ismet dan jika gagal, semakan kehakiman akan difailkan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS