Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Forest City: Pemaju alu-alukan 'kedatangan' Jabatan Imigresen

Country Garden Pacificview Sdn Bhd (CGPV) tidak ada masalah dengan Jabatan Imigresen bagi menjalankan pemeriksaan ke atas projek pembangunan Forest City yang dilaporkan mengambil pekerja asing tanpa izin dari China.

"Jika Jabatan Imigresen bercadang untuk menjalankan pemeriksaan, kami akan mengalu-alukan," CGPV kepada Malaysiakini.

Pemaju tersebut mengulas rancangan kerajaan untuk menyerbu Forest City, projek pembangunan mewah pulau-pulau buatan manusia selama 20 tahun bagi meninjau kemungkinan 'menghalalkan' pekerja terbabit di bawah Program Pengambilan Semula Kementerian Dalam Negeri.

Malaysiakini melaporkan ratusan pekerja asing tanpa izin dari China dipaksa untuk pulang ke negara asal selepas mengetahui mungkin tidak akan menerima bayaran daripada sub-kontraktor projek Forest City.

Pekerja-pekerja ini asalnya tiba di Malaysia di bawah visa pelancong.

Mereka mendakwa ditipu oleh ejen-ejen di China yang mengenakan bayaran 10,000 yuan (RM6,288) hingga 24,000 yuan (RM15,092) untuk memastikan mereka mendapat 'pekerjaan lumayan' di Johor.

Ada di kalangan mereka yang memutuskan untuk tinggal dan bekerja secara haram, berhutang sehingga gaji enam bulan dan meneruskan kehidupan dengan elaun bulanan sebanyak RM300.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS