Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Apa nasib pelaburan China di Perak?
Diterbitkan:  May 11, 2017 4:11 PM
Dikemaskini: 9:26 AM

Ketika perhatian umum tertumpu kepada projek besar Forest City di Johor dan Bandar Malaysia di ibu negara, apa pula nasib projek-projek yang melibatkan pelaburan China di negeri lain?

Perkara itu ditimbulkan oleh Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak Tan Seng Toh hari ini.

Ia susulan laporan The Wall Street Journal bahawa China enggan meluluskan perjanjian syarikat negara itu dengan Iskandar Waterfront Holdings (IWH) untuk mengambil alih 60 peratus kepentingan dalam Bandar Malaysia.

Tan mengetengahkan nasib projek rumah mampu milik di Meru Raya, projek limbungan kapal di Bagan Datuk serta pembinaan pusat mengilang dan penyelenggaraan kereta api di Batu Gajah.

“AMANAH Perak cukup bimbang dengan suasana ini kerana ia akan merencatkan suasana ekonomi di negeri Perak khasnya.

“Kerajaan negeri Perak perlu membuat tindakan dengan segera agar perjanjian projek tersebut berjalan sepertimana yang diharapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pelaburan gergasi lokomotif itu dikatakan akan mencecah angka sehingga RM1 bilion.

Lihat Komen
ADS