Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Perhimpunan Umno kalahkan BERSIH 5, Akta 355, tapi....

Umno malam tadi mencatatkan rekod perhimpunan terbesar dalam tempoh 12 bulan lalu, dengan 80,000 penyokong berbaju merah membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil sempena sambutan ulang tahun parti itu yang ke-71.

Walaupun jumlah itu tidak memenuhi sepenuhnya stadium tersebut, tetapi jumlah itu masih dua kali ganda jumlah 40,000 peserta himpunan BERSIH 5 November lalu, dan melepasi jumlah 55,000 peserta perhimpunan menyokong pindaan Akta 355 pada bulan Februari.

Kehadiran itu sudah cukup untuk memberi semangat kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak untuk mengusik mengenai pilihan raya mengejut.

"Jika Parlimen dibubarkan esok, adakah kita bersedia (untuk pilihan raya)?" tanya beliau yang disambut dengan laungan semangat 'ya' dari para hadirin.

Najib berkata kehadiran itu hanyalah sebahagian kecil daripada tiga juta ahli Umno.

Tetapi ia dilihat datang pada masa sokongan untuk Umno mungkin pada tahap paling rendah, membuat pilihan raya akan datang yang paling sukar baginya.

Satu kajian yang diterbitkan Januari ini oleh NGO berkaitan PKR - Invoke - mendapati sokongan orang Melayu kepada Umno hanya kira-kira 40 peratus.

Reuters juga melaporkan sumber dalaman Umno yang bimbang bahawa kenaikan kos sara hidup boleh mengubah sokongan kakitangan awam terhadap parti Melayu yang memerintah itu.

Sementara itu parti serpihan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) - di bawah naungan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - semakin menjadi ancaman terhadap sokongan orang Melayu kepada Umno.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS