Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Badan pemantau rasuah C4 telah melancarkan satu laman web yang membolehkan orang ramai membuat laporan mengenai tokoh awam yang hidup di luar kemampuan mereka.

Melalui laman web, Kleptocrazy.my, pengguna boleh menghantar gambar dan video sebagai bukti untuk menyokong dakwaan mereka terhadap tokoh awam berkenaan dan keluarga mereka.

Pengarah Eksekutif C4, Cynthia Gabriel berkata mereka akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melihat sama ada terdapat kes yang mewajarkan penyiasatan dibuat.

"Tidak salah jadi kaya, ia hanya salah jika melalui cara haram," katanya di majlis pelancaran laman web itu di Petaling Jaya malam tadi.

Beliau berkata pihaknya tidak menyasarkan individu atau kerana dendam tetapi mereka yang berkenaan perlu dipertanggungjawabkan bagaimanapun mereka menjadi begitu kaya.

Untuk mengelakkan penyalahgunaan, katanya, seorang moderator akan menapis laporan yang dibuat untuk beberapa bulan pertama operasi laman web itu.

Orang awam yang membuat laporan itu, boleh memilih namanya tidak disiarkan, dalam usaha untuk melindungi pemberi maklumat.

Laman web ini adalah sebahagian daripada usaha C4 untuk ketelusan yang lebih tinggi di negara ini, dengan harapan bahawa terdapat akhirnya perundangan untuk memaksa ahli politik dan tokoh masyarakat untuk mengisytiharkan aset mereka.

Laman web Kleptocrazy.my kini mempunyai beberapa laporan terhadap tokoh Umno dan PAS berhubung pembelian aset yang dipersoalkan seperti hartanah dan kereta.

Salah satu laporan itu adalah mengenai sebuah hartanah London yang dibeli oleh anak tiri Perdana Menteri Datuk Najib Razak - Riza Aziz.

Hartanah di London itu adalah salah satu daripada beberapa aset yang Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dakwa telah dibeli menggunakan dana yang didakwa disalahgunakan daripada 1MDB.

Sementara itu dalam satu forum selepas pelancaran itu, wartawan veteran R Nadeswaran berkongsi bagaimana bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menunjukkan kepadanya dan seorang wartawan lain, draf untuk Akta SPRM.

"Dalam draf ini terdapat satu klausa, yang menyatakan bahawa hidup di luar pendapatan yang diisytiharkan, adalah satu kesalahan," kata Nadeswaran (foto).

Beliau berkata Abdullah telah menugaskan kepadanya untuk cuba meyakinkan pembangkang untuk menyokong rang undang-undang itu.

Bagaimanapun, katanya, apabila rang undang-undang itu dibentangkan di Parlimen, klausa tentang hidup di luar kemampuan itu, telah dibuang.

Beliau mendakwa pembantu Abdullah telah memberitahunya bahawa pemimpin Umno telah mendesak perdana menteri ketika itu, untuk mengeluarkan klausa tersebut.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS