Paling Popular
Terkini

Donald Trump memberi amaran kepada Pengarah FBI yang dipecat, James Comey supaya tidak bercakap kepada media.

Dilihat sebagai satu langkah yang sangat luar biasa, ia menimbulkan dakwaan baru bahawa presiden sedang cuba untuk menutup mulut Comey yang mengetuai siasatan terhadap kemungkinan wujud pakatan sulit antara kempen pilihan raya Trump dan Russia.

Di Twitter, Trump dilihat membayangkan jika Comey memberikan versi beliau mengenai hubungan antara mereka, pihak pentadbiran mungkin mendedahkan pita rakaman perbualan, walaupun ia tidak jelas sama ada pita itu wujud.

Ancaman berselindung itu menguatkan lagi keributan berhubung tindakan Trump memecat Comey pada hari Selasa.

Pengkritik telah mensasarkan Trump kerana memecat pengarah FBI itu ketika agensi itu sedang menyiasat dakwaan campur tangan Rusia dalam pilihan raya AS 2016, dan kemungkinan hubungan Moscow dengan kempen Trump semasa pilihan raya presiden.

New York Times melaporkan presiden meminta Comey pada bulan Januari untuk mengikrarkan kesetiaan kepadanya dan bahawa Comey enggan berbuat demikian.

Permintaan seumpama itu akan menjejaskan kedudukan pengarah FBI itu sebagai penegak hukum yang bebas dan seterusnya menyemarakkan dakwaan yang Trump telah melampaui batas norma jawatannya.

"Lebih baik James Comeyberharap tidak ada 'pita' perbualan kami sebelum dia mula bocorkan kepada media!" kata Trump dalam rentetan di Twitter pada hari Jumaat.

Trump memberitahu Fox News beliau tidak meminta Comey untuk mengikrarkan kesetiaan dan hanya mahukan beliau bersikap jujur. Trump berkata beliau tidak akan bercakap tentang kewujudansebarang pita.

CNN berkata Comey adalah "tidak bimbang tentang sebarang pita" yang Trump mungkin ada, dengan memetik sumber yang tidak dinamakan yang biasa dengan perkara itu.

Senator Demokrat dalam Jawatankuasa Perisikan Senat, Mark Warner, memberitahu MSNBC bahawa Kongres mahu melihat pita, jika ia wujud.

Siasatan FB1 dan siasatan kongres terhadap perkara yang sama, telah menyelebungi pentadbiran Trump sejak beliau mengambil alih jawatan presiden pada 20 Januari, mengancam dengan keutamaan dasar beliau.

Demokrat menuduh presiden Republikan cuba menjejaskan siasatan FBI dengan memecat Comey dan telah menggesa dilantik pendakwa khas untuk menyiasat dakwaan campur tangan Rusia itu.

[Baca berita penuh]

- Reuters


 

Lihat Komen
ADS