Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MB: 70 peratus pekerja di Forest City penduduk tempatan
Diterbitkan:  May 15, 2017 2:59 PM
Dikemaskini: 7:03 AM

Kira-kira 70 peratus pekerja dalam projek pembangunan Forest City di Johor merupakan penduduk tempatan yang mengisi pelbagai jawatan teknikal dan pengurusan.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam ucapan penggulungan beliau di persidangan dewan undangan negeri yang berakhir hari ini.

Menurutnya, pada masa ini terdapat 1,182 pekerja yang bekerja di Forest City, melalui lantikan terus.

Sehingga 1 Mei, Forest City menggajikan 70 peratus tenaga kerja tempatan dalam pelbagai bahagian dan jawatan, katanya.

Khaled berkata demikian bagi menjawab soalan Cheo Yee How (DAP-Pengkalan Rinting), yang menimbulkan persoalan mengenai manfaat pelaburan China di Forest City kepada negeri itu.

Antara lain, Khaled berkata, penduduk tempatan diupah sebagai penyelaras projek, jurutera dan arkitek, serta mengisi jawatan pengurusan, termasuk sebagai ketua jabatan dan pengarah.

Kontraktor dan pembekal pula melibatkan sehingga 40 peratus syarikat tempatan bagi menjalankan projek pembangunan bersama oleh China Country Garden Holdings (CG) dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) yang bernilai AS$ 40 bilion (RM173.2 bilion).

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS