Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
UM tolak rayuan siswa pegang sepanduk bantah 1MDB
Diterbitkan:  May 15, 2017 6:37 PM
Dikemaskini: 10:44 AM

Universiti Malaya (UM) menolak rayuan salah seorang daripada empat mahasiswa yang didenda kerana memegang sepanduk bantahan semasa sesi ceramah mengenai 1MDB di kampus itu tahun lepas.

Menurut Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany), universiti itu memutuskan rayuan Tan Jia You ditolak kerana beliau tidak mengemukakan petisyen dalam tempoh 14 hari sebelum prosiding pertama.

Bagaimanapun, Umany berkata perbincangan dengan pensyarah undang-undang mendapati Tan tidak terlalu lewat mengemukakan petisyen.

"Dalam erti kata lain, alasan yang diberikan oleh universiti adalah jelas tidak sah ... Kami mempunyai sebab untuk percaya bahawa pengurusan universiti bercadang untuk menghapuskan hak pelajar membuat rayuan.

"Umany akan mengemukakan satu lagi surat kepada pengurusan universiti untuk membantah keputusan itu," katanya dalam satu kenyataan.

Tan, yang juga Timbalan Presiden Umany, diberi amaran keras dan didenda RM150 selepas didapati bersalah pada 7 April lalu.

Mahasiswa lain yang didapati bersalah termasuk Lau Li Yang, yang didenda RM600 manakala Ho Chi Yang dan Chua Hun Ti masing-masing didenda sebanyak RM300. Prosiding rayuan mereka dijadualkan esok.

Empat siswa berkenan membawa sepanduk bantahan di sesi ceramah mengenai 1MDB anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di universiti itu tahun lepas.

Mereka mengangkat sepanduk bertulis "mahasiswa mahukan jawapan", "1MDB jangan spin", "1MDB - Kami mahu jawapan", dan "1MDB - Kembali wang rakyat" pada malam 11 Oktober tahun lepas.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS