Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah disoal selama 15 minit hari ini atas penglibatan beliau dalam satu forum di Pulau Pinang Disember lalu.

Maria Chin berkata beliau telah ditanya enam soalan yang sangat umum mengenai acara itu.

"Polis berkata bahawa mereka sedang menjalankan siasatan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012. Saya tidak menjawab semua soalan. Saya beritahu mereka bahawa saya akan jawab di mahkamah," katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Maria Chin adalah penceramah pada sebuah forum di Tesco Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Penceramah lain termasuk aktivis Adam Adli Abdul Halim dan ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon.

Tiga pemimpin BERSIH yang lain turut dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung beberapa siri acara nyalaan lilin pada November tahun lepas.

Menurut pegawai BERSIH, Zoe Randhawa, polis ingin tahu sama ada peserta pada acara nyalaan lilin itu memberi notis 10 hari kepada polis.

"Ia cukup jelas bahawa siasatan itu mensasarkan Timbalan Pengerusi BERSIH, Shahrul Aman Mohd Saari, kerana polis telah bertanya kami tentang siapa yang akan menggantikan Maria Chin dan apa peranan Shahrul," kata beliau.

Individu lain yang disoal ialah Pengurus sekretariat BERSIH Mandeep Singh dan seorang lagi pegawai BERSIH, Chan Tsu Chong.

Acara nyalaan lilin itu diadakan selepas Maria Chin ditahan tanpa bicara, di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 selama 10 hari.

Lihat Komen
ADS