Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

Gabungan pemantau pilihan raya BERSIH berikrar terus mengunjungi ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya sehingga mereka dapat bersua muka dengan pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah hari ini menyerahkan memorandum kepada suruhanjaya itu bagi mendesak penambahbaikan sistem menjelang pilihan raya umum ke-14.

Memorandum itu diterima oleh wakil daripada pejabat komunikasi korporat SPR.

Maria berkata telah menghantar surat dan e-mel bagi mengadakan perbincangan dengan Hashim.

“Kita baru sahaja bercakap dengan seorang pegawai, katanya dia tidak tahu tentang surat itu.

“Kita harap dapat mengadakan mesyuarat (dengan Hashim) kerana banyak isu yang kita mahu bincangkan dengan SPR sebelum pilihan raya umum ke-14.

“Mereka boleh buat kerja mereka dengan terus mengelak berjumpa dengan kami tetapi kami juga akan buat kerja kami, kami akan terus datang,” kata Maria selepas pertemuan dengan seorang pegawai SPR.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS