Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Semua jenis minyak naik harga
Diterbitkan:  May 17, 2017 6:11 PM
Dikemaskini: 10:36 AM

Selepas penurunan tiga minggu berturut-turut, harga runcit semua jenis bahan bakar – RON95, RON97 dan diesel – naik kembali bermula jam 12.01 tengah malam ini.

Harga runcit baru RON95 dan RON97 masing-masing naik 7sen kepada RM2.08 dan RM2.36 seliter manakala diesel pula naik 4sen kepada RM1.99 seliter.

Minggu lalu, harga bahan api itu berada pada tahap terendah sejak pengenalan sistem harga mingguan pada 30 Mac yang lalu.

Sejak sistem baru ini dimulakan tujuh minggu lalu, ia pada mulanya menyaksikan trend menaik untuk bulan pertama dan kemudian trend menurun tiga minggu sesudahnya.

Harga runcit bahan api ditentukan berdasarkan Mean of Platts Singapore (MOP) dan purata kekuatan mata wang minggu sebelumnya.

Ia sebelum ini diumum secara bulanan.

Minggu lalu, Pasukan Komunikasi Strategik BN berkata, berdasarkan Globalpetrolprices.com, Malaysia pasti tersenarai antara 10 negara yang paling murah harga minyaknya.
 

 

Lihat Komen
ADS