‘Awak ni cantik sangat, lain kali pakai comot-comot sikit’

   

Jika mengikut cara Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, wanita yang mahu mengelak daripada diganggu di khalayak ramai harus berpakaian "comot".

Beliau memberi jawapan demikian kepada seorang wanita, yang melahirkan kebimbangan mengenai keselamatan awam semasa dialog Tranformasi Nasional 2050 (TN50) di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur malam semalam.

“Masalah sekarang baru-baru ini banyak sangat kes-kes rompakan, macam penculikan, jadi semasa berjalan saya takut dengan persekitaran, malah dalam pusat beli-belah ada orang cuba ganggu saya

“Walaupun dah disediakan tempat letak kereta khas untuk wanita, saya masih rasa takut, masih ada gangguan,” wanita itu, yang memperkenalkan dirinya sebagai anggota Puteri Umno Wilayah Persekutuan.

Bimbang dengan keselamatan dua anak gadisnya, wanita itu berharap kerajaan akan meningkatkan keselamatan.

Bagaimanapun, Tengku Adnan, yang lebih dikenali sebagai Ku Nan, memberi jawapan yang mengejutkan sesetengah pihak.

“Awak ini cantik sangat, lain kali pakai comot-comot sikit,” katanya secara berseloroh, tetapi mengundang sorakan dan tepukan daripada penonton.

Wanita itu agak tersipu dengan kata-kata Tengku Adnan dan terus bercakap untuk selama beberapa minit sebelum duduk.

Ketika beliau berkata demikian, ada di kalangan hadirin meragui pengalamannya yang berasa tidak selamat manakala yang lain memuji kecantikannya.

Siulan nakal juga kedengaran pada siaran langsung semasa dia bercakap dan dipancarkan ke dua skrin besar di auditorium.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, yang adalah penganjur bersama majlis dialog berkenaan, tidak mengulas soalan wanita itu mahupun Tengku Adnan.

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda