Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang pegawai kanan Public Bank menafikan di Mahkamah Sesyen Shah Alam bahawa dirinya mencetak apa jua dokumen berkaitan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dan pengerusi eksekutifnya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Saksi, Cheam Chen Hooi yang bertugas di Public Bank cawangan Jinjang pada 2012 mengakui cetakan membabitkan NFCorp, Mohamad Salleh, Agroscience Sdn Bhd dan National Meatworks Livestock Corporation Sdn Bhd terhasil dengan menggunakan IDnya tetapi menafikan beliau yang mencetaknya.

"Saya tidak pernah melihat dokumen ini sebelum ini. Mereka bukan pelanggan Public Bank Jinjang. Mereka tidak pernah menjadi pelanggan cawangan kami, "katanya.

ID milik Cheam iaitu CCH kononnya digunakan dalam Sistem Penyampaian Cawangan (BDS) untuk mengakses baki simpanan Imbangan Profil Pelanggan ke atas akaun-akaun kewangan yang hanya boleh diakses melalui komputer bekas kerani, Johari Mohamad.

Selasa lalu, Pengurus Besar Teknologi Maklumat bank itu, Fam Yoke Fong memberi keterangan bahawa akaun sulit yang kononnya milik Salleh, NFC, Agroscience dan National Meatworks serta beberapa dokumen lain dicetak menggunakan komputer Johari yang menggunakan ID milik Cheam.

Johari bersama-sama dengan Ahli Parlimen Pandan yang juga Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli didakwa mengikut Seksyen 97 Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia) ekoran pendedahan empat akaun dikaitkan dengan NFC dan Mohamad Salleh.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS