MP mahu SPAD jelaskan 'landasan tunggal’ projek ECRL

   

Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming menggesa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk menjelaskan beberapa isu mengenai projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Antara lain, beliau menyoal mengapa risalah promosi projek berkenaan menggambarkannya sebagai skim landasan berkembar, manakala laporan fasa pertama Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi projek itu membayakan bahawa ia adalah aliran landasan tunggal.

Dalam Seksyen 5 laporan itu, ia menyebut " ECRL akan menjadi kereta api elektrik landasan tunggal yang dibina di atas formasi landasan berkembar ..."

"Adakah ini bermakna bahawa hanya satu landasan akan dibina untuk ECRL walaupun tapak landasan kereta api itu cukup luas untuk dibina dua laluan?

"Jika demikian, maka kerajaan perlu menjelaskan mengapa projek yang melibatkan kos kira-kira RM55 bilion hanya akan membayar untuk satu landasan," kata Ong dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga menggesa SPAD untuk menyediakan pecahan kos terperinci bagi setiap tujuh segmen ECRL dan enam landasan berkenaan, di samping kos mendapatkan tanah bagi projek itu.

EIA menyebut bahawa projek itu akan memerlukan 8,699 plot tanah persendirian, yang meliputi 3,390 hektar. Ia juga memerlukan 2,911.99 hektar tanah yang dimiliki oleh kerajaan negeri, jabatan pengairan, atau ditetapkan sebagai jalan raya, utiliti, atau tanah rizab.

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In