Lim: Kita dah jalankan projek RM35b melalui tender terbuka

   

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terus mewajarkan keperluan 'tiada tender terbuka' bagi projek pembesaran Hospital Island di Lebuh raya Peel Avenue.

Para pengkritik mengecam urusniaga itu kerana tidak mematuhi prinsip 'Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (CAT) di Pulau Pinang.

Bagaimanapun, Lim menegaskan bahawa kerajaan Pulau Pinang telah mengamalkan sistem tender terbuka apabila pentadbiran beliau menjalankan projek bernilai RM35 bilion melalui sistem tersebut sejak 2008.

Sambil menyifatkan projek pembesaran Hospital Island sebagai "pemacu perubahan ekonomi", Lim berkata pajakan 99 tahun bernilai RM156 juta atas tanah kerajaan di hospital berkenaan akan membawa pelaburan bernilai tinggi sebanyak RM2 bilion.

"Bagi pemacu perubahan ekonomi yang berpotensi, rundingan terus adalah perkara biasa," kata Lim pada sidang akhbar selepas menghadiri pembukaan mesyuarat pertama penggal kelima Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In