MP Kulai selar kenyataan 'comot' Ku Nan

   

Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching hari ini menyelar Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kerana mencadangkan wanita suapaya berpakaian "comot" jika mahu mengelak daripada diganggu di khalayak ramai.

"Seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai anggota Puteri Umno Wilayah Persekutuan, bercakap mengenai isu keselamatan, kebimbangannya terhadap jenayah dan keselamatan.

"Tetapi yang mendapat perhatian Tengku Adnan kecantikannya? Malah beliau juga berani membayangkan bahawa wanita itu berpakaian yang menggoda?” kata Teo berkata dalam satu kenyataan.

"Polis perlu menyiasat Tengku Adnan atas dakwaan gangguan seksual," kata Teo yang juga adalah Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP.

Pada majlis dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Rabu lalu, seorang ahli Puteri Umno melahirkan kebimbangan mengenai keselamatan awam kerana banyaknya berlaku kes-kes rompakan dan penculikan.

“Jadi semasa berjalan saya takut dengan persekitaran, malah dalam pusat beli-belah ada orang cuba ganggu saya,” katanya.

Bimbang dengan keselamatan dua anak gadisnya, wanita itu berharap kerajaan akan meningkatkan keselamatan.

Bagaimanapun, Tengku Adnan, yang lebih dikenali sebagai Ku Nan, memberi jawapan yang mengejutkan sesetengah pihak.

“Awak ini cantik sangat, lain kali pakai comot-comot sikit,” katanya secara berseloroh, tetapi mengundang sorakan dan tepukan daripada penonton.

Wanita itu agak tersipu dengan kata-kata Tengku Adnan dan terus bercakap untuk selama beberapa minit sebelum duduk.

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In