Azmin masih berteka-teki kedudukan PAS dalam k'jaan S'gor

Geraldine Tong        

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih tidak berterus terang berhubung kedudukan tiga anggota exco PAS dalam kerajaan negeri.

"Seperti dinyatakan oleh Presiden (PKR) (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), kita akan membincangkan perkara ini sebelum membuat keputusan mengenai nasib tiga exco (PAS).

"Sudah tentu saya mesti lapor dan berbincang dengan pemimpin parti saya terdahulu (berhubung PAS) sebelum meneruskan dengan mesyuarat-mesyuarat lain kemudiannya,” kata Azmin pada sidang media selepas merasmikan kongres tahunan Pemuda PKR dan Wanita di Petaling Jaya malam ini.

Biro Politik PKR bermesyuarat setiap Selasa, katanya, tetapi beliau tidak dapat mengesahkan sama ada mereka akan membincangkan perkara itu dengan exco PAS Selangor, Selasa depan.

Azmin, yang baru pulang dari lawatan rasmi ke Brussels hari ini, juga berkata isu untuk mendapatkan perkenan Sultan Selangor sebelum menggugurkan tiga exco berkenaan tidak timbul pada masa ini.

"Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya akan berbincang, pertama dengan pemimpin-pemimpin PKR, kerana sebelum ini Presiden (Wan Azizah) berada di luar negara, apabila beliau kembali, saya pula ke luar negara, kerana kita sibuk cuba membina negara," katanya.

Apabila ditanya mengenai tempoh masa bagi membincangkan isu itu, Azmin sekadar berkata, mereka akan menanganinya sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In