Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ahok tarik balik rayuan hukuman
Diterbitkan:  May 23, 2017 1:55 PM
Dikemaskini: 6:03 AM

GLOBAL l Bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok, akan menarik balik rayuan terhadap hukuman penjara dua tahun penuh kontroversi atas kesalahan menghina Islam, kata adik perempuannya.

Fify Letty Indra, yang juga anggota peguam belanya, mengumumkan perkara itu pada sidang media, hari ini.

Ahok, yang berketurunan Cina dan beragama Kristian, dijatuhi hukuman penjara dua tahun pada 9 Mei lalu.

Tempoh hukuman ke atasnya dianggap lebih lama berbanding jangkaan awal.

Bagaimanapun, pihak pengkritik khuatir hukuman terhadap Ahok itu boleh menggalakkan umat Islam di Indonesia mencabar sekularisme di negara itu.

Ahok didakwa menghina agama apabila mengingatkan orang ramai tidak terpedaya dengan pihak yang memanipulasi ayat al-Quran bagi menolak pencalonnnya sebagai gabenor atas alasan beliau beragama Kristian.

Beliau kalah dalam pemilihan semula itu setelah beberapa siri demonstrasi besar kumpulan Islam membantah kenyataannya.

- Reuters

Lihat Komen
ADS