Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Kenali Salman Abedi, suspek penyerang Manchester

Suspek pengebom berani mati yang membunuh 22 orang di sebuah konsert di Manchester, di utara England, pada hari Isnin telah dikenal pasti sebagai Salman Abedi yang berusia 22 tahun, kata polis British.

Abedi dilahirkan di Manchester pada tahun 1994 kepada ibu bapa kelahiran Libya, kata pegawai keselamatan AS, yang memetik pegawai perisikan British. Perdana Menteri Theresa May mengesahkan Abedi dilahirkan dan dibesarkan di Britain.

ibu bapanya berhijrah dari Libya ke London sebelum berpindah ke kawasan Fallowfield di Selatan Manchester, di mana mereka telah tinggal selama sekurang-kurangnya 10 tahun, kata pegawai AS.

Polis menyerbu sebuah rumah di Elsmore Road di Fallowfield awal hari Selasa.

Satu sumber kerajaan AS berkata, penyiasat sedang mengkaji sama ada Abedi telah ke Libya dan sama ada beliau telah berhubung dengan militan Negara Islam di sana.

Akhbar The Times berkata Abedi dipercayai pulang ke Britain dari Libya baru-baru ini.

Universiti Salford, yang berpangkalan di Manchester, berkata dalam satu kenyataan berkata, Abedi adalah pelajarnya dan ia sedang membantu polis dalam siasatan mereka.

Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan polis dalam gerakan berasingan di selatan Manchester berkaitan dengan serangan pada hari Selasa itu, yang dipercayai saudara lelaki Abedi, kata laporan berita.

Abedi mempunyai seorang saudara perempuan bernama Jomana Abedi, kata pegawai keselamatan AS.

Abdalla Yousef, jurucakap Masjid Didsbury di Manchester, berkata bapa Abedi dan saudara lelakinya bersembahyang di masjid itu tetapi Abedi bersembahyang di masjid lain.

"Saya telah dapat mengesan seseorang yang kenal keluarga tersebut. Beliau mengesahkan bapa dan saudara perempuannya serta anggota keluarga yang lain telah berpindah ke Libya dan telah berpindah ke sana selepas revolusi selepas Gadaffi terbunuh," kata Yousef.

Beliau berkata ada kemungkinan sejak itu mereka mengembara antara kedua-dua negara.

Seseorang pemegang amanah masjid tersebut, Fawzi Haffar, kata bapa Abedi kini berada di Libya dan telah berada di sana untuk seketika. 

- Reuters

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS