Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hotel Park Lane Jho Low di NY kini untuk jualan
Diterbitkan:  May 24, 2017 10:29 AM
Dikemaskini: 2:37 AM

Pemaju New York, Steven Witkoff, yang bersama rakan kongsinya membida Hotel Park Lane di Manhattan, New York, pada harga AS$654 juta pada bulan Julai 2013, kini terpaksa menjual menara hartanah setinggi 47 tingkat itu, lapor The New York Times (NYT).

Ini adalah sebahagian daripada usaha Jabatan Keadilan AS (DOJ) untuk melucuthak aset yang dimiliki ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang Jho Low, yang dituduh mengalihkan jutaan dolar dari 1MDB untuk membeli karya seni, jet peribadi dan hartanah di Beverly Hills dan di New York.

Low, yang makan malam dengan Witkoff pada 2013, telah bersetuju ketika itu untuk membiayai 85 peratus daripada AS$654 juta yang mereka bayar untuk Hotel Park Lane.

Low juga membayar AS$100 juta deposit - dua kali ganda jumlah wang yang biasanya dibayar - yang meyakinkan penjual untuk memilih bidaan kumpulan Witkoff yang membuat tawaran yang tinggi sedikit

Witkoff merasakan ini merupakan lokasi yang terbaik untuk membina supertower dengan pangsapuri ultra-mewah. Tetapi tiada kerja pernah bermula untuk pembinaan menara baru yang dirancang itu.

Dia dan rakan kongsi yang tinggal, dipaksa oleh DOJ untuk menjual bangunan itu dan buku pemasarannya dihantar kepada bakal pembida minggu ini.

"Ini adalah tapak yang terbaik di New York City dan mungkin dunia," kata Witkoff dalam satu wawancara. "Kami merancang apa yang seluruh perkongsian fikir adalah sebuah bangunan yang indah. Kami tidak pernah menyangka kami akan berdepan dengan keadaan seperti ini."

Bagaimanapun, Witkoff keberatan memperincikan urusannya dengan Low, ekoran siasatan dan tindakan undang-undang yang berkaitan.

Low telah menghilang diri, dan mungkin bersembunyi di sebuah hotel di Shanghai.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS