Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bomba sahkan hanya kebakaran kecil di HUKM
Diterbitkan:  May 25, 2017 11:20 AM
Dikemaskini: 6:36 AM

Jabatan Bomba dan Penyelamat hari ini mengesahkan kebakaran kecil yang berlaku di blok klinikal Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pagi tadi hanya membabitkan sebuah bilik sampah.

"Kebakaran tidak melibatkan bangunan premis hanya tong sampah sahaja.

“Tong sampah sahaja yang terbakar, semua sudah selesai tetapi maklumat siasatan masih dalam proses," kata seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak kepada Malaysiakini.

Sementara itu, akhbar China Press melaporkan kejadian berlaku pada kira-kira jam 10.30 pagi tadi di tingkat ketiga bangunan klinikal hospital itu.

Tanpa merujuk sebarang sumber, akhbar itu melaporkan pihak bomba juga menjumpai puntung rokok di bilik berkenaan.

Ia dikatakan sebagai punca kebakaran itu.

Terdahulu sebuah kereta bomba dengan tujuh anggota telah dikejarkan ke lokasi sebaik sahaja dimaklumkan terdapat kebakaran di tingkat tiga blok hospital terbabit.

Tahun lalu, enam orang terbunuh dalam kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

 

Lihat Komen
ADS