Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ku Nan selalu cakap tanpa berfikir, kata Teresa Kok

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilihat sering bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu. Terbaru, beliau mencadangkan supaya wanita berpakaian comot bagi mengelakkan gangguan.

Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok berkata Tengku Adnan atau lebih mesra dengan panggilan Ku Nan seharus menjaga mulutnya daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati wanita.

“Kenapa dia gurau atas isu berkaitan dengan wanita? Kenapa dia tidak gurau dengan lelaki? Dia yang cari pasal, bukannya pembangkang.

“Ya, dia kena jaga mulut. Dia memang selalu cakap tanpa fikir dan buat dasar dan arahan tanpa fikir betul juga,” katanya kepada Malaysiakini.

Semalam Tengku Adnan berkata beliau hanya bergurau berkaitan cadangannya supaya perempuan berpakaian comot bagi mengelakkan gangguan.

Kata Tengku Adnan, pembangkang kemudianya memutar belitkan kata-katanya itu.

Bagi Anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, sebagai wakil rakyat, Tengku Adnan tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Malah, katanya tindakan itu hanya mencerminkan perwatakan sebenarnya.

“Zaman dunia progresif tidak patut ada komen-komen sedemikian apatah lagi dari seorang wakil rakyat dan menteri.

“Alasan bergurau tidak dapat di terima kerana kata mencerminkan apa dalam benak seseorang dan menonjolkan perwatakan dan tabiat mereka,” katanya.

pkr congress 200517 zuraida kamaruddinZuraida yang juga Ketua Wanita PKR berkata, Tengku Adnan seharusnya mengakui ketelanjurannya dan tidak mengulanginya.

“Sekiranya dia bermaruah kena berani mengaku keterlanjuran dan minta maaf dan tidak mengulangi.

“Saya kira mesti ada satu peraturan disiplin yang patut di rangka untuk mendenda ahli parlimen yang buat kenyataan seksis sebab ia terkandung dalam peraturan mesyuarat,” katanya.

Tengku Adnan pada 17 Mei lalu berkata wanita yang mahu mengelak daripada gangguan di khalayak ramai harus berpakaian "comot".

Beliau memberi jawapan demikian kepada seorang wanita, yang melahirkan kebimbangan mengenai keselamatan awam semasa dialog TN50 di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Kenyataan itu diselar banyak pihak, khususnya pembangkang dan pejuang hak-hak wanita.

Lihat Komen
ADS