Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Prinsip kecekapan, kebertanggungjawapan dan ketelusan (CAT) dalam pentadbiran di Pulau Pinang sudah mati kerana kerajaan negeri didakwa tidak menunaikan janji-janjinya, kata wakil-wakil rakyat BN.

Beberapa anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu, dipimpin Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid, hari ini mempamerkan plakad bertulis “CAT sudah mati” dan “Selamatkan Pulau Pinang”.

Jahara yang juga ADUN Telok Ayer Tawar berkata, BN berjaya mengemukakan bukti bahawa CAT sudah “mati” kerana Pakatan Harapan didakwa mungkir 51 janjinya sejak 2008.

“Kebetulan pula DAP merayakan ulang tahun ke-51 tahun ini,” kata Jahara.

Beliau berkata “kejayaan utama” Pulau Pinang sejak sembilan tahun lalu adalah menjual tanah negeri dan bukannya menggunakan untuk kepentingan rakyat.

Katanya, projek-projek itu sepatutnya diuruskan oleh agensi negeri Penang Development Corporation dan bukannya diserahkan pada syarikat kroni.

Jahara merujuk kepada jualan 6.4 ekar tanah kepada Kumpulan Island Hospital secara pajak.

Katanya lagi, hospital itu tidak akan menguntungkan rakyat biasa yang tidak mampu mendapatkan rawatan perubatan swasta.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS