Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pelajar perempuan ditemui mati di asrama sekolah
Diterbitkan:  May 25, 2017 6:58 PM
Dikemaskini: 11:01 AM

Seorang pelajar perempuan tingkatan dua ditemui mati di dalam bilik asrama puteri di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SBAK) Al Hidayah, Parit Abas, Kuala Kurau dekat Parit Buntar hari ini.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata Nur Farrahin Rusli Maran, 14, ditemukan tidak sedarkan diri dan mulutnya berbuih di atas katil di dalam bilik asrama ketika rakan-rakannya mahu mengejutkan pelajar berkenaaan untuk bersahur pada pukul 5.30 pagi.

Beliau berkata guru sekolah itu pergi ke asrama setelah diberitahu oleh dua pelajar yang mendapati seluruh badan pelajar tersebut sejuk dan keras serta muka telah bengkak.

Katanya guru berkenaan kemudian menghubungi Hospital Parit Buntar dan pegawai perubatan yang datang membuat pemeriksaan mendapati pelajar itu telah meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke hospital itu untuk bedah siasat.

"Siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah terhadap mangsa dan hospital yang menjalankan bedah siasat mengesahkan pelajar itu mati disebabkan saluran pernafasan tersekat akibat pengumpulan cecair berikutan serangan sawan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Omar Bakhtiar berkata keluarga mangsa memberitahu sebelum ini, pelajar itu pernah mendapatkan rawatan akibat penyakit sawan.

- Bernama
 

Lihat Komen
ADS