Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bayang Kaabah hilang tepat pada waktu Zuhur
Diterbitkan:  May 26, 2017 3:23 PM
Dikemaskini: 7:37 AM

Bayang Kaabah dilaporkan hilang tepat masuk waktu Zuhur pada jam 12.18 tengah hari, hari ini.

Menurut ahli astronomi, fenomena itu berlaku apabila matahari berada tepat di atas kaabah, menyebabkan tiada bayang kelihatan.

Ia juga berlaku menjelang umat Islam di Arab Saudi menyambut ketibaan Ramadan pada Sabtu, lapor CNN yang memetik agensi berita SPA.

“Fenomena cakerawala ini membolehkan orang ramai di seluruh bumi ini yang melihat matahari pada waktu itu menentukan arah kiblat dengan cara paling mudah,” kata Mulhim Mohammed Al Hindi, pengkaji astronomi di Universiti Raja Abdulaziz di Riyadh.

“Seseorang yang boleh mengadap kiblat dengan 100 peratus tepat.”

Lihat Komen
ADS