Seorang lelaki bersenjata menyerang sekumpulan Kristian Koptik yang sedang dalam perjalanan ke sebuah biara di selatan Mesir pada hari ini, membunuh 26 orang dan mencederakan 25 lagi, kata Kementerian Kesihatan negara itu.
Menurut saksi, lelaki bertopeng itu melepaskan tembakan selepas menyekat kumpulan itu yang menggunakan bas dan kenderaan-kenderaan lain.
TV tempatan menunjukkan gambar bas rosak akibat serangan itu.
#SimplyRik - #TopNews Masked gunmen kill 28 in attack on Christians in Egypt https://t.co/vpxsRDH613 #RikinTrivedi pic.twitter.com/95YyVaML07
— Rikin Trivedi (@Rikins) May 26, 2017
Belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan yang dibuat menjelang ketibaan bulan suci Ramadan.
Selain itu, dilaporkan berlaku juga siri serangan terhadap gereja yang oleh kumpulan pengganas IS.
Presiden Abdel Fattah al-Sisi telah memanggil pegawai-pegawai keselamatan negara untuk bermesyuarat susulan perkembangan itu.
Kabinet Mesir menegaskan penyerang tidak akan berjaya memecahbelahkan negara itu.
Serangan itu turut dikutuk pemimpim-pemimpin Islam.
Iman besar al-Azhar, pusat pengajian Islam berusia lebih 1,000 tahun, berkata serangan itu bertujuan menggoncang kestabilan negara itu.
“Saya seru semua rakyat Mesir bersatu berdepan keganasan ini,” kata Ahmed al-Tayeb yang sedang mengadakan lawatan di Jerman.
Mufti besar Mesir Shawki Allam pula mengutuk serangan itu dan menyifatkan dalangnya sebagai pengkhianat.
- Reuters