Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Apa tindakan N Sembilan atasi banjir kilat?'
Diterbitkan:  May 27, 2017 3:27 PM
Dikemaskini: 7:44 AM

Seorang ADUN PKR mendakwa Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan tidak mempedulikan masalah banjir kilat di negeri itu.

ADUN Sikamat, Aminuddin Harun berkata, keengganan kerajaan negeri menerima memorandum berkaitan masalah itu pada 17 Mei lalu membuktikan ketidakprihatinan mereka terhadap isu rakyat.

"Lima tahun lalu banjir, tahun lalu banjir, bulan lalu banjir, minggu lalu banjir, apa tindakan kerajaan Umno BN Negeri Sembilan selama ini?,"soalnya.

Katanya, isu banjir kilat sering menghantui penduduk di beberapa kawasan seperti di Labu, Sikamat, Temiang, Linggi dan lain-lain sejak lima tahun lalu tetapi tidak diatasi.

Malah, dakwanya, setiap aduan kepada pihak berkuasa didiamkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan.

"Kalau adapun tindakan, ia seperti melepaskan batuk ditangga.

"Kerajaan negeri dan pihak berkaitan sepatutnya memandang serius masalah ini dan tidak membiarkan ia daripada terus berlaku sehingga menyusahkan kehidupan harian rakyat," jelasnya.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi pejabat Mohamad Hasan bagi mendapatkan respon.

Pada 4 Mei, Bernama melaporkan Jalan Kuala Pilah-Tampin ditutup selama empat jam, disebabkan banjir kilat berikutan hujan tanpa henti.

 

Lihat Komen
ADS