Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menasihati orang ramai agak tidak terkeliru dengan Islam yang dibawa oleh kumpulan Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP).

Exco Agama Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Kassim, berkata langkah menghalang orang bukan Muslim menyertai buka puasa bukanlah ajaran sebenar Islam.

"Ia adalah keterlaluan. Orang Pulau Pinang yang cintakan keamanan menolak tingkah laku melampau ini," katanya pada sidang media di George Town, Pulau Pinang hari ini.

Abdul Malik mengulas kejadian kekecohan berlaku di depan Masjid Simpang Enam apabila ada penyokong JMPP menampar pegawai ketua Menteri Pulau Pinang, Zaidi Ahmad selepas sembahyang Jumaat.

Zaidi yang juga bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia diserang ketika bertanya mengenai isu campur tangan kerajaan negeri didakwa pemimpin JMPP, Mohamed Hafiz Nordin pada 26 Mei lalu.

Bagaimanapun kekecohan itu berjaya disuraikan melalui campur tangan anggota keselamatan.

Mohamed Hafiz adalah bekas ketua pemuda PAS.

Kata Abdul Malik, sebagai sebuah negara pelbagai kaum dan agama, memang menjadi kelaziman orang bukan Islam menyertai orang Islam berbuka puasa semasa Ramadan.

Beliau menambah di Pulau Pinang Ketua Menteri Lim Guan Eng memang sering menyertai acara berbuka puasa sejak 2008 lagi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS