Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lim: Respon PM buktikan langkah PP baik
Diterbitkan:  May 29, 2017 9:28 PM
Dikemaskini: 1:31 PM

Perdana menteri pasti tidak akan memberi jawapan terhadap permohonan Pulau Pinang untuk meminjam daripada China untuk Pelan Induk Pengangkutan Negeri Pulau Pinang (PTMP), jika ia tidak memberi faedah, kata Lim Guan Eng.

Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata kelulusan Majlis Kewangan Negara, yang dipengerusikan Najib, boleh dilihat sebagai jaminan untuk memastikan jumlah pinjaman dibayar balik.

Pulau Pinang bercadang meminjam daripada Export-Import Bank of China (Exim) untuk mendanai PTMP bawah Pinjaman Negeri Pulau Pinang (Bank dan Sumber-sumber Kewangan Lain) 2017, yang diluluskan sebulan suara di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini.

Negeri itu mahu meminjam wang tidak lebih daripada RM1 bilion untuk tempoh tidak lebih lima tahun. Pembangkang negeri melihat langkah itu sebagai berisiko.

Lim berkata dengan meminjam wang daripada China untuk membiayai sebahagian projek PTMP dapat menaikkan reputasi Pulau Pinang, dengan menunjukkan penarafan yang baik.

“Jika tidak baik, kenapa PM tidak balas pada saya?” katanya.

Walaupun Najib sudah memberi respon terhadap surat Pulau Pinang, pinjaman itu masih belum diluluskan oleh Majlis Kewangan Negara, kata Lim lagi.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS