Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Untung sebelum cukai Ajinomoto RM211.47 juta

Keuntungan sebelum cukai Ajinomoto (Malaysia) Bhd pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2017 melonjak kepada RM211.47 juta berbanding RM53.94 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Pendapatan meningkat kepada RM419.92 juta berbanding RM400.20 juta sebelum ini, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Bagi suku keempat, keuntungan sebelum cukai naik kepada RM161.07 juta berbanding RM8.39 juta manakala pendapatan meningkat kepada RM114.93 juta berbanding RM110.24 juta sebelum ini.

"Pertambahan dalam pendapatan suku keempat itu disebabkan peningkatan jualan dalam segmen perniagaan pengguna serta perniagaan industri," kata syarikat tersebut.

Menurutnya, persekitaran perniagaan dijangka kekal mencabar dengan pelbagai faktor seperti dasar kerajaan yang ketat ke atas pengambilan pekerja asing serta kos bahan mentah yang diimport pada harga dolar US.

"Selain itu, akan wujud persaingan untuk penguasaan pasaran di pasaran tempatan dan juga eksport.

"Bagaimanapun, kami akan terus memberi tumpuan kepada aktiviti jualan dan pemasaran strategik serta menguruskan kos pengeluaran," tambahnya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS