Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peel Avenue: Gerakan PP persoal 'kata putus solo'

Gerakan Pulau Pinang hari ini mempersoalkan mengapa plot tanah negeri di Peel Avenue dipindahkan ke Perbadanan Ketua Menteri (CMI) yang didakwa berdasarkan keputusan 'solo'.

Peel Avenue baru-baru ini dijual kepada Kumpulanh Island Hospital untuk projek yang bernilai RM2 bilion.

CMI yang dipengerusikan oleh Lim Guan Eng ditubuhkan pasca 2008 untuk mengendalikan aktiviti pelaburan, pelancongan dan hal-hal berkaitan warisan.

Pemangku Ketua Pemuda Gerakan Jason Loo bertanya sama ada jualan itu adalah prosedur biasa kerana ia tidak berlaku semasa pentadbiran negeri terdahulu di bawah bekas ketua menteri Tan Sri Koh Tsu Koon.

"Ketika kerajaan negeri di bawah Gerakan, sebelum 2008, semua jualan tanah milik kerajaan perlu disemak oleh Jawatankuasa Tanah yang terdiri daripada beberapa ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) dan ahli Dewan Undangan Negeri.

"Semua jualan tanah milik kerajaan negeri mesti dicadangkan ke mesyuarat exco negeri untuk kelulusan akhir dan menjadi keputusan 10 exco (sama ada jual atau sebaliknya)," katanya.

"Bagaimanapun, di bawah kepimpinan semasa (DAP), penjualan tanah milik kerajaan di Pulau Pinang, ditentukan oleh seorang individu, ketua menteri, melalui CMI," dakwa Loo.

Loo bertanya jika "kata putus seorang individu" boleh menjurus kepada rasuah, mengapa tanah itu dipindahkan kepada CMI dan bila ianya berlaku, sebelum dijual kepada Kumpulan Island Hospital.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS