Paling Popular
Terkini

Pasukan keselamatan Britain bergegas ke tiga lokasi di tengah London hari ini selepas sebuah van merempuh orang ramai di Jambatan London dan beberapa serangan lain berhampiran Pasar Borough.

Polis mengeluarkan nasihat keselamatan kepada penduduk setempat melalui Twitter supaya mereka "lari, bersembunyi, memaklumkan" jika terlibat dalam mana-mana serangan.

Memetik polis, BBC pula berkata ada lebih satu kematian akibat insiden berkenaan.

Serangan itu berlaku beberapa hari sebelum pilihan raya dijadual pada 8 Jun ini, serta kurang dari dua minggu selepas pengebom berani mati membunuh 22 orang yang menghadiri konsert Ariana Grande di Manchester, utara England.

Belum ada mana-mana pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

"Sebuah van datang dari Jambatan London dan merempuh orang ramai. Sejumlah orang dilanggar.

"Kemudian tiga lelaki keluar membawa parang dan menyerang secara rambang di Borough High Street," katta seorang pemandu teksi kepada BBC.

Pegawai kerajaan berkata Perdana Menteri Theresa May sudah dimaklumkan, manakala Presiden AS Donald Trump turut diberikan taklimat oleh pasukan keselamatan, kata Rumah Putih.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS