Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menghadiri majlis tazkirah dan menunaikan solat sunat Tasbih yang diadakan di Seri Perdana, di Putrajaya.

Majlis tahunan anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) yang diadakan bagi menghayati bulan Ramadan itu dihadiri lebih 200 tetamu.

Pada majlis berkenaan, penceramah terkenal Datuk Dr Fatma El-Zahra menyampaikan tazkirah yang berkisar mengenai latihan melawan nafsu dan memperbaiki diri pada bulan Ramadan serta manfaat yang diperoleh dengan menunaikan solat sunat Tasbih.

Dr Fatma turut memimpin solat sunat Tasbih itu.

Para tetamu yang hadir terdiri daripada anggota Bakti, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita), Persatuan Keluarga Polis (Perkep) dan Badan Amal dan Kebajikan Angkatan Tentera (Bakat).

-Bernama

Lihat Komen
ADS