Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKBM tetap kena bayar Yayasan Sime Darby lebih RM288,000

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab bersama-sama timbalannya, Datuk Naim Mohammad diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membayar sejumlah RM288,275.56 kepada Yayasan Sime Darby kerana melanggar perjanjian penajaan.

Mahkamah Tinggi tersebut mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen sebelum ini.

PKBM dan Yayasan Sime Darby memeterai perjanjian pada 19 April 2010 untuk menaja tujuh penunggang basikal berpotensi dengan memberikan sebanyak RM1.96 juta kepada persekutuan berbasikal itu.

Bagaimanapun, Yayasan Sime Darby mendakwa pihaknya mendapati PKBM tidak dapat menyediakan dokumentasi berkaitan bagaimana wang itu dibelanjakan.

Yayasan berkenaan mendapati beberapa pelanggaran dalam audit yang dijalankan apabila kontrak berakhir pada Mac 2012. Pihaknya menghantar surat antara bulan September hingga Disember 2012 untuk mendapatkan penjelasan PKBM.

Yayasan Sime Darby mendapati daripada RM1.96 juta penajaan itu, sejumlah RM1.673 juta telah dibelanjakan dengan sewajarnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS