Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Pengerusi yakin prestasi saham FGV akan pulih
Diterbitkan:  Jun 8, 2017 1:27 PM
Dikemaskini: 7:00 AM

Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Tan Sri Isa Samad yakin saham FGV yang kini jatuh akan kembali pulih selepas kemelut yang melanda syarikat itu selesai.

Katanya mana-mana syarikat yang berhadapan dengan masalah sudah pasti mengalami penurunan saham.

“Insha Allah lepas kes ini selesai, selesai lah. Mana-mana syarikat pun kalau ada isu macam ni dia akan terjejas. Bukan sahaja FGV tapi apa-apa syarikat pun.

“Tapi bila dah selesai, esok dia akan baik semula,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Majlis Sumbangan Ramadan FGV kepada asnaf di Menara Felda hari ini.

Kata Isa lagi, sekiranya pelabur melihat siasatan berhubung kes ini dapat diselesaikan, mereka mungkin yakin terhadap FGV.

“Bila tengok berjalan dengan baik, tengok proses siasatan kita ikut prosedur dan sebagainya menimbulkan keyakinan pada pemain-pemain saham,” katanya.

Saham FGV dilihat mula jatuh ekoran kemelut yang melanda Isa dan presiden yang juga ketua pegawai eksekutif kumpulan (CEO) FGV Datuk Zakaria Arshad.

Isa mengarahkan Zakaria bercuti mulai 6 Jun susulan siasatan ke atas beberapa transaksi oleh anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn Bhd.

Sementara itu, Isa menyifatkan pelantikan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak berkecuali dalam meneliti kemelut yang sedang melanda FGV sebagai sangat sesuai.

“Tak ada kemelutnya (dalam FGV). Ia proses biasa. cuma anda yang menjadikan kemelut. (pelantikan Idris) suatu yang baik,” katanya ketika ditanya.

Isa turut berkata juruaudit FGV akan bekerjasama dengan Idris dalam menjalankan siasatan berhubung isu itu.

Ketika diminta mengulas dakwaan Zakaria bahawa Lembaga Pengarah FGV membuat pelaburan tidak masuk akal, Isa berkata beliau tidak terfikir ketua pegawai eksekutif FGV itu akan menyatakan perkara sedemikian.

"Saya pun tak terfikir dia cakap macam tu. Dia pun cakap macam tak masuk akal,” katanya.

Lihat Komen
ADS